![]() |
| Kami di Phuket. Dari kiri Rudu, aku, Rapik & Dave :) |
![]() |
| SAWADIKAP... Bertambah seorang lagi kawan baru, Elisya. Seorang lagi yang pasti tidak dapat dilupakan, Effadylia :) |
Berbulan jugak aku tidak update blog ni. Macam-macam perkara yang berlaku dalam tempoh tersebut. Tapi alhamdulillah, semuanya ditempuhi dengan sabar. Biasalah kan... hidup kita ni macam roda. Sekejap di atas dan ada masanya di bawah.
Baiklah... nak update la juga pasal aku. Kini aku sudah berpindah ke Betong, tetapi tugas masih lagi sama seperti dulu iaitu membawa nota dan lensa (kamera).
Di Betong pulak aku kena bermula dari kosong kerana walaupun aku berasal dari sini, tetapi aku rasa aku lebih lama di Kuching. Jadi, semuanya perlu dikenali... kenali orang dan tempatnya sekali.
Betong besar, menyesal ada juga aku di sini. Bayangkan aku seorang yang jaga dari Betong ke Debak dan ke Saratok. * Harap bila aku ada kereta nanti, mudahlah sikit. Sekarang aku guna moto je.
Tetapi life must go on. Sebab aku rasa keja ini mmg sudah sebati dengan diri aku, jadi aku telan walaupun pahit.
Tapi satu yang best, aku dekat dengan keluarga. *Tp jarang jugak di rumah.huhu.Apakah?
Pasal aku dengan kawan-kawan pulak, pertama sahabat aku di Betong iaitu Nazri (Na) & Rafie (Kuit). Tak lupa, sahabat yang telah lama sudah aku tidak jumpa terutamanya Suhor.
Di sini, merekalah sahabat aku. Jika tidak mereka, semuanya sahabat baru yang aku kenal sejak aku bertugas di sini - Dari kecil hingga ke tua dan dari orang biasa-biasa kepada menteri.
Percaya atau tidak, ramai orang di sini ingatkan aku sudah berumur 28-30. Apa tidaknya, faktor aku dikelilingi orang sebaya itulah. Sabar je la :)
Kawan aku di UNI pula a.k.a BFF aku sama seperti dua orang tadi, Effa, Rapik, Dave & Rudu. Bulan lepas kami pergi ke Singapura dan Phuket, Thailand.
Enjoy dapat lepak dengan diorang, sambil lupakan kerja seketika. Kadang-kadang terasa masih tidak percaya bahawa kami, masing-masing sudah dialam pekerjaan. Rasa baru semalam kami belajar dan ke kuliah sama-sama.
23 Oktober ini kami konvo sama2. Tidak sabar untuk jumpa mereka lagi!
Baiklah sahabat blogger semua. Setakat ini sahajalah buat masa ni k. Nanti ada masa aku update lagi k!
Frasa Aku:
Sapa yang block aku mpun blog tok. Sik pasal2 keluar info spam. Spa mpun keja lah!


7:53 PM
Hamimi Kun

















